Apa yang bermain di minda kawan-kawan apabila disebut tentang air?
"Air digunakan untuk mandi dan minum setiap hari"
Jawapan anda memang betul! Tetapi tahukah kawan-kawan terdapat beberapa fakta menarik tentang air? Tunggu apa lagi? Jom mengetahui beberapa fakta tentang air!
- Air meliputi 70% daripada permukaan bumi
- Secara purata 70% daripada badan manusia mengandungi air.
- Air boleh wujud dalam 3 keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
- Air membeku pada suhu 0° Celsius dan tersejat pada 100° Celsius.
- 92% kandungan dalam darah adalah air.
- Air tulen tidak mempunyai bau dan rasa dan mempunya PH sekitar 7
- Air boleh membentuk apa sahaja mengikut bentuk bekas.
- 95% kandungan otak ialah air
- H2O adalah formula air yang mana (H) merujuk kepada Hidrogen dan (O) merujuk kepada Oksigen
Menarik bukan fakta di atas? Kesimpulannya....
Air memang penting di dalam kehidupan manusia. Tetapi, hanya kita sahaja yang mensia-siakan air yang dianugerahkan kepada kita.
Air memang penting di dalam kehidupan manusia. Tetapi, hanya kita sahaja yang mensia-siakan air yang dianugerahkan kepada kita.
Sign up here with your email
1 ulasan:
Write ulasanNo more live link in this comments field
ReplyKata-Kata Bijak Pandai ConversionConversion EmoticonEmoticon