Kepentingan Air Untuk Kesihatan Manusia

H2O merupakan formula bagi satu molekul air - [H2] mewakili dua bahagian Hidrogen dan [O] mewakili bahagian Oksigen juga dikenali sebagai komposisi air. Air merupakan elemen yang penting di dalam kehidupan seseorang. 



Air penting untuk kerja-kerja seharian kita. Badan tidak mampu bekerja tanpa air. Contoh yang terdekat ialah kereta. Adakah kereta boleh bergerak tanpa menggunakan tenaga? Sudah tentu tidak boleh, bukan? Kereta boleh bergerak kerana ia menggunakan tenaga seperti suria, gas atau petroleum. Semua sel dan organ di dalam badan kita secara umumnya memerlukan air dalam penghasilan tenaga bagi sesuatu organisma untuk menjalankan proses hidupnya.


Air berperanan untuk mengelakkan sembelit

Kadangkala, najis disimpan di dalam usus besar lebih lama daripada biasa yang mengakibatkan sembelit. Sembelit yang kerap berlaku akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti kanser. Langkah efektif untuk mengelakkan sembelit ialah minum air secukupnya.


Air mengangkut nutrien ke dalam badan

Kandungan air di dalam darah kira-kira 92% dan darah mengangkut nutrien dan oksigen ke dalam badan. Dari manakah nutrien diperoleh? Nutrien diperoleh daripada hasil cernaan makanan yang telah telah dimakan di dalam sistem penghadaman. Air membawa nutrien dan oksigen tersebut ke kapilari darah untuk bergabung dengan darah. Darah yang kaya dengan dengan oksigen ini akan mengangkut oksigen ini akan mengangkut nutrien tadi untuk sel-sel. Tahukah yang sel-sel ini tidak mampu meneruskan kehidupan mereka tanpa nutrien ini? Sel-sel ini yang berfungsi sebagai unit asas kehidupan turut memerlukan tenaga untuk melicinkan penggunaan badan manusia. Oleh itu, amalan minum lapan gelas sehari wajarlah diamalkan untuk mengelakkan risiko berbagai-bagai jenis penyakit.


Minumlah air untuk kesihatan

Oleh kerana air sangat penting untuk badan kita, perlu juga diingat bahawa kualiti air juga penting seiring dengan kuantiti air yang diperlukan oleh tubuh badan. Air yang diminum mestilah bersih dan bebas daripada segala kekotoran toksik mahupun bakteria. Senaman dan pengamalan pemakanan seimbang akan menjadi sia-sia jika minum air di dalam kuantiti yang sedikit atau kualiti air yang kurang diyakini. Badan manusia mempunyai daya ketahanan yang kuat dan jika dijaga dengan sebaiknya, hasilnya akan memuaskan untuk sepanjang kehidupan.


Previous
Next Post »

Kata-Kata Bijak Pandai ConversionConversion EmoticonEmoticon